Publication:
Kes Penasaban Anak Luar Nikah kepada Bapa Biologi dalam Undang-Undang Kehakiman di Malaysia: Analisis Fatwa

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Penasaban anak luar nikah kepada bapa biologi menjadi isu dalam perundangan Malaysia. Mahkamah Rayuan pada Mei 2017 telah membenarkan permohonan semakan kehakiman pasangan suami isteri dan anak lelakinya untuk memastikan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar perkataan ‘Abdullah’ sebagai bin untuk nama kanak-kanak itu kepada nama bapanya dalam sijil kelahiran. Namun, keputusan ini sangat bertentangan dengan syarak di mana dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti fatwa-fatwa negeri di Malaysia berkaitan kes penasaban anak luar nikah kepada bapa biologinya. Kajian yang menggunakan pendekatan kajian perpustakaan ini mengenal pasti fatwa-fatwa negeri di Malaysia dalam isu penasaban anak luar nikah kepada biologinya dan maklumat yang diperoleh kemudiannya dianalisis. Hasil kajian mendapati fatwa beberapa negeri adalah selari dengan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Namun fatwa negeri Perlis adalah sebaliknya.

Description

E-Proceeding: Insan Junior Researcher International Conference (iJURECON) 2020 Date: 17-18 November 2020 Organized by: Kolej Genius Insan Virtual Conference Page: 271-273

Keywords

anak tidak sah taraf, penasaban, perlembagaan, Syariah Islam

Citation

Collections