Options
Kecenderungan Minat Murid Pintar Dan Berbakat Muslim Dalam Bidang Sains
Date Issued
2022-11-29
Author(s)
Muhammad Abrar Zamri
Norazlina Subani
Rosita Zainal
Mohamad Azani Abd Kadir Jailani
Liyana Amalina Adnan
Ahmad Hakimi Shaffie
Faizatul Atirah Fadzil Zabidee
Abstract
Murid pintar dan berbakat mempunyai kebolehan dalam mempertingkatkan potensi diri untuk memastikan prestasi yang cemerlang dan seterusnya memperoleh pencapaian tertinggi jika dibanding dengan murid lain seusia mereka. Sehubungan itu, murid pintar dan berbakat mendapati sistem pendidikan semasa berada pada tahap yang rendah atau sederhana selaras bedasarkan umur akal mereka. Satu kajian telah dilaksanakan tentang pemetaan kecenderungan sains dan hafazan Al-quran dalam kalangan murid pintar dan berbakat muslim di Malaysia. Soal kaji selidik telah digunakan sebagai penanda aras kecenderungan murid. Seramai 466 orang murid Kolej GENIUS Insan telah dikenalpasti sebagai responden dalam kajian ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti dan mengelaskan kecenderungan murid terhadap bidang sains yang memfokuskan pemikiran logik dan juga hafalan seperti Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi melalui soal kaji selidik yang telah dijalankan di kalangan murid pintar dan berbakat muslim.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kecenderungan Minat Murid Pintar Dan Berbakat Muslim Dalam Bidang Sains.pdf
Size
204.6 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2233059be3b11d27bb0e8ffa3b20b19b