Options
Analisis Aspek Bahasa dalam Manuskrip Ta'mim al-Manafi' bi Qira’at alImam Nafi'
Date Issued
2019-10-08
Author(s)
Abstract
Manuskrip Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia memaparkan kewibawaan, kecekalan serta kerajinan seorang ulama Nusantara di peringkat dunia. Analisis dari aspek bahasa yang dibuat dalam kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur kewibawaan al-Tarmasiy dalam penulisan bahasa arab beliau. Bagi seseorang ilmuan yang membesar di Nusantara dan hanya mendapat pendedahan tentang penghasilan karya dalam bahasa arab ketika usianya menginjak dewasa, adalah menjadi tanda tanya perihal kewibawaan bahasa penulisannya. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kualitatif. Penyelidikan yang dijalankan adalah berdasarkan manuskrip yang merupakan instrumen utama. Pengumpulan data dalam bentuk perkataan dianalisis secara induktif. Fokus dibuat kepada makna yang dikandunginya serta dijelaskan ketika berlaku kesamaran. Penyelidikan kualitatif sebegini menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan. Hasilnya didapati bahawa al-Tarmasiy menguasai ilmu bahasa arab serta dapat menerapkan pengetahuannya itu dengan baik. Walaupun terdapat beberapa kesalahan bahasa di sepanjang halaman-halaman manuskripnya, ia tidaklah banyak. Malahan ia adalah kesalahan biasa bagi mana-mana penulis Nusantara ketika berkarya dalam bahasa arab. Implikasi di sebalik kekurangan ini adalah ia berupaya mengukuhkan bukti manuskrip tersebut adalah buah tangan al-Tarmasiy sendiri. Kajian sebegini juga mampu menonjolkan kehebatan karya-karya ulama
Nusantara serta mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi.
Nusantara serta mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Analisis Aspek Bahasa dalam Manuskrip Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafi'.pdf
Size
1.04 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3204267c5d8d4aa56a9b5e41a9f371aa