Options
Kisah Nabi Musa Dalam Surah Al-Kahfi – Membentuk Ciri-Ciri Penuntut Ilmu Cemerlang
Date Issued
2019-10-08
Author(s)
Mohd Fauzi Mohd Amin
Abdulloh Salaeh
Abstract
Al-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah yang memberi petunjuk dan hidayah kepada manusia. Dalamnya terdapat berbagai kisah dan teladan yang boleh memberi pengajaran dalam semua bidang kehidupan. Al-Quran memaparkan kisah dan cerita para nabi serta kehidupan mereka. Di sebalik kisah-kisah tersebut tersimpan pengajaran berharga dan banyak rahsia. Kisah Nabi Musa dan Lalaki Salih (nabi Khidhir) dalam surah al-Kahfi dapat dicungkil pengajarannya bagi memperkasakan modal insan. Kisah nabi Musa dan lelaki yang salih bersamanya berkisar mengenai azam yang kuat beliau untuk keluar menuntut ilmu pengetahuan melalui guru yang berwibawa, beliau sanggup menempuh segala rintangan dan cabaran yang mencabar. Kisah ini menunjukkan ciri-ciri penting yang perlu wujud dalam menuntut ilmu pengetahuan. Ciri-ciri penting yang perlu ada telah dijelas dalam kisah ini pertamanya keluar daripada tempat asal bertujuan mencari ilmu dan pengalaman, kedua menanam keazaman dan kemahuan yang tinggi, ketiga mempunyai sifat ‘ubudiah, keempat mempunyai sifat tawadhu’ dan kelima hendaklah mempunyai sifat sabar. Kelima-lima ciri yang diajarkan melalui kisah nabi Musa dan nabi Khidir ini sangat penting bagi para penuntut ilmu pada setiap masa dan tempat.
File(s)
Loading...
Name
KISAH NABI MUSA DALAM SURAH AL-KAHFI – MEMBENTUK CIRI-CIRI PENUNTUT ILMU CEMERLANG.pdf
Size
711.44 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):220a84f020df01ce90263fd01a9a4e89