Options
Koleksi Quran Di Pusat Manuskrip Narathiwat: Isu-Isu Perolehan Dan Pemuliharaan
Date Issued
2019-10-08
Author(s)
Syed Najihuddin Syed Hassan
Abdulloh Salaeh
Universiti Sains Islam Malaysia
Ma Yu Long
Amran Abdul Halim
Norhasnira Ibrahim
Abstract
Pusat manuskrip di Narathiwat, Thailand telah menjadi tumpuan pencinta manuskrip bukan hanya dari Nusantara Alam Melayu, malah turut mendapat perhatian dari seluruh dunia. Pusat ini telah mengumpulkan ribuan koleksi pelbagai bidang keilmuan yang dihasilkan oleh orang Melayu terdahulu. Antara koleksi utamanya ialah naskhah Quran yang telah dan masih dikumpulkan oleh pengasasnya iaitu Ustaz Muhammad Lutfi Samae dari setiap pelosok Nusantara. Di samping itu, tempat tersebut juga turut mempunyai koleksi artifak seperti keris, alatan besi, dan sebagainya, yang telah dihasilkan oleh cendekiawan melayu dalam memudahkan tugasan seharian mereka. Kertas kerja ini membincangkan biodata pengasas dan sejarah ringkas penubuhan pusat manuskrip ini. Selain itu, turut dijelaskan proses perolehan barang bersejarah manuskrip serta artifak serta isu-isu berkaitan pemerolehannya. Di samping itu, disenaraikan kategori manuskrip yang ada dalam simpanan tempat ini. Kemudian, dijelaskan langkah yang diambil oleh pusat manuskrip ini dalam memulihara koleksi simpanan itu agar dapat dimanfaatkan oleh generasi mendatang. Justeru, dapatan daripada kertas kerja ini diharapkan agar menjadi pemangkin kepada kajian-kajian seterusnya dalam memartabatkan keilmuan Islam di Nusantara Alam Melayu.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
KOLEKSI QURAN DI PUSAT MANUSKRIP NARATHIWAT.pdf
Size
472.75 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):49791a34bee34d8884d1070d61e7f4db