Options
Terjemahan Ayat Amthal Di Dalam al-Quran: Kajian Terhadap Tafsir Quran Karim Karya Prof. Dr. H. Mahmud Yunus
Date Issued
2019-10-08
Author(s)
Muhammad Arif Musa
Abstract
Antara mukjizat al-Quran ialah ketinggian bahasa yang dimiliki. Salah satu cara penerangan alQuran adalah melalui metafora ataupun ayat amthāl. Ayat amthāl berfungsi untuk mendekatkan kefahaman al-Quran kepada pembaca. Ulama Islam telah menghasilkan penulisan yang khusus mengenai amthāl Quran menunjukkan kepada kepentingannya dalam disiplin ilmu tafsir al-Quran. Terjemahan al-Quran berbahasa Melayu telah bermula sejak abad ke-17. Terjemahan al-Quran memerlukan kepada penterjemah untuk menguasai ilmu-ilmu tafsir al-Quran termasuk amthāl alQuran. Tujuan kajian adalah untuk menganalisis terjemahan ayat amthāl ke bahasa Melayu Indonesia. Kajian ini merujuk kepada Terjemahan al-Quran yang hasil karya Prof. Dr. Mahmud Yunus. Kajian dijalankan menerusi perbandingan antara terjemahan tafsir Mahmud Yunus dengan kefahaman ayat amthāl menurut Abd al-Nāṣir al-Sa’di menerusi kitabnya Taisīr al-Karīm alRahmān dan Ibn Asyur menerusi kitabnya al-Tahrīr wa al-Tanwīr Kajian ini berbentuk kajian kualitatif menggunakan metode analisis deduktif dan metode perbandingan. Kajian mendapati Mahmud Yunus mempunyai metode yang baik dalam penjelasan metafora al-Quran dengan menggunakan tafsiran tambahan dalam kurungan dan juga komentar tambahan di nota kaki. Namun terdapat juga tempat di mana Mahmud Yunus hanya menterjemahkan metafora al-Quran secara literal tanpa penjelasan tambahan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Terjemahan Ayat Amthal Di Dalam al-Quran.pdf
Size
738.6 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):545adcb1c14cb97733d1ed212ab93bb0