Options
Deskripsi Al-Quran Terhadap Kepercayaan Politeisme: Suatu Pembicaraan Historikal
Date Issued
2019-10-08
Author(s)
Khairulnazrin Nasir
Abstract
Lapangan bidang antropologi telah memperkenalkan istilah politeisme yang merujuk kepada kepercayaan dan penyembahan lebih daripada satu tuhan. Manusia sejak dari awal kewujudannya telah berinteraksi dengan alam, berasa kagum dengan beberapa makhluk yang dianggap istimewa dan memiliki kuasa adikudrati. Keadaan ini mendorong segelintir manusia mempercayai politeisme, iaitu menyembah pelbagai tuhan di samping Allah SWT. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membahaskan tentang deskripsi al-Quran terhadap politeisme, khususnya tentang sejarah, bentuk, faktor dan jenis-jenis politeisme. Jenis penelitian ini adalah berteraskan kajian kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis kandungan terhadap teks ayat-ayat al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengandungi data sosiohistoris tentang politeisme dalam umat-umat terdahulu, di samping kritikan terhadap segala bentuk penyembahan selain Allah SWT. Kesimpulannya, pembicaraan al-Quran bukan hanya tentang isu syariat, bahkan meliputi bidang antropologi dan sosiobudaya manusia sejagat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Deskripsi Al-Quran Terhadap Kepercayaan Politeisme.pdf
Size
846.13 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):dc4eb15a88d81cc9fec7fab4bf3d018c