Options
Kerahmatan Islam Dalam Mendepani Golongan LGBT
Date Issued
2019-10-08
Author(s)
Siti Mardiyah Kamal Azhar
Maisarah Saidin
Muhammad Najmi Md Aziman
Abstract
Fenomena ‘kaum Luth moden’ atau LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender) dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin berkembang secara meluas. Penyebaran ideologi atas dasar memperjuangkan hak kebebasan individu yang dibawa oleh golongan tersebut jelas bertentangan dengan nilai ajaran Islam dan Perlembagaan Malaysia. Dalam usaha mengajak golongan ini kembali kepada fitrah, metode dakwah yang tersusun dan terancang diperlukan agar keberkesanan dakwah dapat dicapai. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini akan mengenalpasti pendekatan dakwah para nabi terhadap kaum mereka berdasarkan perspektif al-Qur’an dan sunnah disamping menjelaskan pendekatan dakwah yang telah dijalankan di Malaysia dalam mendepani golongan LGBT. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti keberkesanan metode dakwah yang dijalankan terhadap perubahan sahsiah golongan tersebut. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini akan menjalankan kaedah pengumpulan data yang dilaksanakan melalui kajian kepustakaan untuk mendapatkan data-data-yang berkaitan pendekatan dakwah kepada golongan LGBT. Seterusnya data-data tersebut akan dianalisis melalui kaedah induktif dan deduktif dengan bersandarkan al-Qur’an dan Sunnah serta sumber data kepustakaan baik data primer mahupun sekunder. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah dakwah berkonsepkan rahmatan lil alamin disamping pendekatan secara berhikmah dan berterusan memberi impak yang baik terhadap pembangunan sahsiah golongan ini untuk kembali kepada fitrah asal.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kerahmatan Islam Dalam Mendepani Golongan LGBT.pdf
Size
949.23 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1a4647a62c4ce9dee054a3a6959e46fa