Options
Al-Quran Dan Sunah Sebagai Asas Istinbat Hukum: Metodologi Imam Al-Shaficiyy
Date Issued
2021-10-08
Author(s)
Universiti Sains Islam Malaysia
Syed Najihuddin Syed Hassan
Abdulloh Salaeh
Nooh Ma Yu Long
Abstract
Ijtihad Imam al-Shaficiyy adalah bersumberkan empat rujukan utama iaitu; al-Quran, Sunah, Ijmac dan Qiyas. Kajian ini membincangkan tentang metodologi Imam al-Shaficiyy dalam mengeluarkan hukum-hukum berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Terdapat beberapa metod al-Shaficiyy yang ingin dikemukakan oleh penulis berkaitan istinbat hukum berasaskan al-Quran melibatkan penggunaan kaedah umum (al-cAm) dan khusus (al-khas) dalam al-Quran dan takhsis lafaz al-cAm al-Quran dengan Khabar Ahad serta Nasikh dan Mansukh. Bagi istinbat hukum berasaskan sunah pula, penulis membahaskan beberapa metod al-Shaficiyy meliputi hadis Mutawatir, hadis Ahad dan hadis Mursal. Metodologi al-Shaficiyy ini merupakan landasan yang tepat dalam mengeluarkan hukum-hukum bagi memastikan penggunaan sumber-sumber tersebut secara maksimum dan mengikut keutamaannya.
File(s)
Loading...
Name
Al-Quran Dan Sunah Sebagai Asas Istinbat Hukum.pdf
Size
876.01 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7d8a3383de6f1776fd3854a60297a6c6