Options
Hak Wanita Melayu Dalam Harta Pusaka: Analisis Daripada Perspektif Al-Qur’an Dan Sunnah
Date Issued
2019-10-08
Author(s)
Maisarah Saidin
Roshimah Shamsudin
Abstract
Agama dan sosio budaya berperanan dalam mencorakkan amalan pembahagian harta pusaka dalam kalangan masyarakat Malaysia. Agama Islam telah menetapkan dengan jelas hak dan bahagian harta pusaka antara lelaki dan wanita. Namun begitu, perubahan sosio budaya yang berlaku telah memperlihatkan golongan wanita pada masa kini bergerak aktif dalam sistem masyarakat dan sebahagiannya bertindak sebagai pencari nafkah sama ada utama atau sampingan. Justeru, perubahan tersebut mengundang perhatian golongan liberal untuk mengkritik hukum Islam berkaitan pembahagian harta pusaka. Mereka berpandangan bahawa pembahagian harta nisbah 2:1, iaitu lelaki melebihi wanita sudah tidak relevan dan mempunyai unsur diskriminasi terhadap hak wanita serta perlu diubah bagi menjamin keadilan dan kesamarataan hak. Justeru, penulisan kertas kerja ini akan menganalisis hak wanita dalam pembahagian harta pusaka berdasarkan perspektif al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW, seterusnya menjelaskan hikmah perlaksanaan pembahagian tersebut. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini akan menjalankan kaedah pengumpulan data yang dilaksanakan melalui kajian kepustakaan untuk mendapatkan data-data-yang berkaitan dengan amalan masyarakat Melayu. Seterusnya data-data tersebut akan dianalisis melalui kaedah induktif dan deduktif dengan bersandarkan al-Qur’an dan kitab-kitab hadith induk seperti al-Kutub al-Sittah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hak harta pusaka yang diberikan kepada kaum wanita sebanyak satu perdua, satu pertiga dan satu perempat serta satu perenam atau satu perlapan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu berteraskan konsep faraid adalah selaras dengan nas-nas yang terdapat dalam al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW. Di samping itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa hikmah perlaksanaan pembahagian harta pusaka yang dijelaskan oleh al-Qur’an dan Sunnah nabi SAW, dimana pembahagian nisbah harta pusaka lelaki melebihi wanita adalah sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang digalas mereka serta memenuhi konsep keadilan yang dianjurkan Islam.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Hak Wanita Melayu Dalam Harta Pusaka.pdf
Size
705.74 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ed95278410edfecf9c2ed1dd2514e236