Publication:
Medium Pdpr Hafazan Al-Quran Semasa Covid-19: Analisis Penggunaan Teknologi Di Kalangan Pelajar Di Universiti Awan Dan Swasta

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Mutakhir ini seluruh dunia diuji dengan wabak covid-19 yang kesannya sehigga ke hari ini. Selain daripada ekonomi yang terjejas wabak ini turut memberi impak dari pelbagai aspek di antaranya ialah perubatan dan kesihatan, sosial komuniti, pelancongan dan perjalanan, psikologi dan kesihatan mental serta turut memberi kesan yang jelas dalam sektor pendidikan dan pengajian tinggi,. Kaedah pembelajaran secara bersemuka ditukarkan kepada kaedah pembelajaran secara atas talian atau maya. Kewujudan virus COVID-19 seakan-akan mengasak masyarakat dunia termasuk Malaysia ke arah penggunaan teknologi secara lebih menyeluruh yang secara tidak langsung menyebabkan satu lonjakan digital di Malaysia. Penggunaan teknologi telah banyak digunakan dalam kehidupan seharian. di mana keberadaannya bertindak sebagai media atau alat untuk kegiatan dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang pendidikan, penyelidikan, perniagaan, sosial, dan sebagainya. Terdapat beberapa aplikasi yang sering digunakan di dalam kehidupan seharian adalah telefon bimbit, Cakera padat untuk penyimpanan data, komputer, dan sebagainya. Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk menerokai medium teknologi yang digunakan oleh para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran subjek hafazan al-Quran di Universiti Awam dan Swasta. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pemerhatian dan analisa dokumen berkaitan medium teknologi dalam subjek Hafazan al-Quran di beberapa Universiti Awan dan swasta. Hasil kajian mendapati terdapat banyak medium teknologi yang digunakan oleh para pelajar dalam sesi pdpr semasa covid-19. Medium teknologi tersebut di antaranya ialah aplikasi google meet, aplikasi zoom, aplikasi whatsapp melalui video call, aplikasi teams dan goals, aplikasi telegram, google classroom dan aplikasi youtube yang telah digunakan dalam sesi pdpr bagi kursus hafazan al-Quran. Kepelbagaian medium teknologi yang digunakan ini dapat membentuk Pengajaran dan Pembelajaran pengajian tahfiz menjadi lebih efektif, menarik dan sesuai dengan perkembangan dan kehendak pembelajaran semasa Covid-19. Kajian ini memberi implikasi penting kepada Universiti Awan dan Swasta serta Intitusi pengajian Tahfiz di Malaysia secara umumnya ke arah pembentukan generasi al-Quran yang lebih mantap dan berkualiti

Description

PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords

Medium, teknologi, hafazan, al-Quran, Universiti Awan, Universiti Swasta.

Citation

Collections