Options
Sorotan Literatur Terjemahan Ayat Amthāl Di Dalam Terjemahan Al-Quran Berbahasa Melayu
Date Issued
2021-10-06
Author(s)
Siti Khadijah Ahmad Tajuddin
Abstract
Al-Quran adalah sebuah kitab suci daripada Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai bimbingan dan panduan dalam kehidupan seharian bagi umat manusia. Kemukjizatan al-Quran ini telah memukau ramai pembaca kerana ia memiliki ketinggian bahasanya. Antara kaedah dalam memahami penjelasan al-Quran adalah melalui metafora ataupun ayat amthāl. Tujuan ayat amthāl adalah untuk membawa para pembaca lebih memahami atau mendekati kefahaman terhadap al-Quran. Gambaran mahupun perumpamaan yang dipersembahkan di dalam ayat amthāl mampu memberi kesan yang positif terhadap diri pembaca. Terjemahan al-Quran di dalam bahasa Melayu telah bermula pada abad ke-17. Namun demikian, di dalam penghasilan terjemahan kitab suci al-Quran memerlukan penterjemah yang menguasai ilmu-ilmu tafsir. Fokus kajian adalah untuk membincangkan kajian-kajian mengenai ayat amthāl terhadap terjemahan al-Quran berbahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian lepas. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berkonsepkan analisis kandungan terhadap artikel jurnal, buku, tesis dan sebagainya di dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai kajian berkaitan dengan terjemahan al-Quran yang menyentuh dari segi metodologi, hadith, gaya bahasa dan lain-lain, akan tetapi, kajian terhadap terjemahan ayat amthāl di dalam al-Quran berbahasa melayu perlu kepada kajian tambahan terhadap kualiti terjemahan yang dilakukan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
SOROTAN LITERATUR TERJEMAHAN AYAT AMTHĀL DI DALAM TERJEMAHAN AL-QURAN BERBAHASA MELAYU.pdf
Size
1.42 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):4db9a0d50aeb6f7b9a72935887612e41