Options
Kertas Konsep Pembangunan Modul Kesejahteraan Pintar Dan Berbakat (Qalbun Salim) Bagi Isu Kebimbangan Sosial Dalam Kalangan Pelajar Pintar Berbakat Muslim Di Kolej Genius Insan
Date Issued
2021-10-06
Author(s)
Amnah Zanariah Abd Razak
Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin
Ahmad Fuad Mohd Amin
Diani Mardiana Mat Zin
Amirah Zainun
Aisyah Nabihah Sofea
Daniel Fandi Ngieng
Abstract
Pelajar pintar dan berbakat adalah merupakan pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi. Kebanyakan kajian lepas lebih memfokuskan kepada kajian tentang kognitif pelajar namun sebenarnya isu kesejahteraan sosioemosi pelajar sering diabaikan. Berdasarkan dapatan analisis keperluan yang dilaksanakan dalam kalangan pelajar dan guru, di dapati isu utama yang berlaku dalam kalangan pelajar ini adalah isu kebimbangan sosial. Isu kebimbangan sosial ini akan merencatkan potensi sebenar pelajar jika tidak ditangani segera. Isu kebimbangan sosial ni berlaku kerana kesilapan berfikir pelajar, penghindaran sosial dan tekanan (stres) dalam diri serta persekitaran. Oleh itu bagi membantu mengenali masalah sosioemosi kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat ini, pengkaji mencadangkan agar Modul Qalbun Salim dibangunkan dengan integrasi kaunseling Islam (Teori Kaunseling Psiko-Spiritual Al-Ghazali) serta teori kaunseling barat (Teori Kognitif Tingkah laku). Modul ini akan dibangunkan dengan melalui lima fasa reka bentuk dan pembangunan (Design development research-DDR) menggunakan pendekatan model ADDIE iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan dan perlaksanaan dan penilaian modul. Pembangunan modul ini juga merupakan inovasi dalam pengajaran pintar dan berbakat masa kini. Diharapkan Modul Qalbun Salim ini akan membantu pelajar dan memberi bimbingan kepada guru serta dalam mengenal pasti tahap kesejahteraan sosioemosi pelajar dan membantu perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dalam usaha melahirkan pelajar sebagai Cendekiawan Islam di masa akan datang.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
KERTAS KONSEP PEMBANGUNAN MODUL KESEJAHTERAAN PINTAR DAN BERBAKAT (QALBUN SALIM) BAGI ISU KEBIMBANGAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR BERBAKAT MUSLIM DI KOLEJ GENIUS INSAN.pdf
Size
1023.88 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c99e28f99313cfce2eb82ca04ca6900d