Publication: Gagasan Malaysia Madani: Mengekstrak Enam Nilai Teras Ketamadunan Menerusi Kisah Zulkarnain Dalam Surah Al-Kahfi
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Kepelbagaian ini berpotensi menimbulkan konflik, tetapi ia juga boleh menjadi sumber kekuatan. Untuk mencapai Malaysia yang benar-benar bertamadun, kerajaan Malaysia kini telah memperkenalkan gagasan Malaysia Madani bagi mempromosikan nilai-nilai teras yang mampu memacu negara ini ke mercu ketamadunan. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk mengeluarkan enam nilai teras daripada kisah Zulkarnain dalam Surah al-Kahfi dan membincangkan implikasi terhadap gagasan Malaysia Madani. Metodologi kajian ini melibatkan pendekatan kualitatif. Data dikumpulkan daripada pelbagai sumber, termasuk al-Quran, hadis dan penulisan ilmiah. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik, yang melibatkan proses mengenal pasti nilai-nilai teras yang disebut dalam kisah Zulkarnain. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa kisah Zulkarnain mengandungi secara eksplisit dan implisit enam nilai teras Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Nilai-nilai ini mampu memberikan refleksi dan kompas moral yang berharga serta signifikan untuk mewujudkan negara Malaysia yang benar-benar bertamadun dan seimbang.
Description
PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol
4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Keywords
Malaysia Madani, Zulkarnain, al-Kahfi, kisah al-Quran, tamadun.
Citation
Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.