Options
Periwayatan Hadis Syiah: Analisis Dan Takhrij Hadis
Date Issued
2023
Author(s)
Nur Aina Mardhiah binti Che Rahim
Nik Yusri bin Musa
Amrina Rasyada binti Kamaruzaman
Noor Fatimah binti Mujahid
Khairulnazrin Nasir
Abstract
Adalah menjadi satu kewajipan kepada setiap muslim untuk merujuk kepada sumber dan panduan yang utama iaitu al-Quran dan hadis bagi setiap permasalahan yang semakin banyak menyentuh sensitiviti agama pada hari ini. Peranan hadis sangat penting dalam mentafsirkan keraguan, menjelaskan sesuatu hukum serta mengkhususkan perkara yang umum dalam Al-Quran dari sudut aqidah, ibadat, akhlak dan muamalat (Abullaith, 2011). Namun begitu, dalam suasana perbezaan ideologi, pegangan dan mazhab di kalangan umat Islam, Syiah memiliki jalur dan kefahamannya tersendiri dalam dunia hadis. Kajian ini menggunakan konsep kualitatif berdasarkan kajian kepustakaan yang bersumberkan kitab kutubussittah dan kajian yang berkaitan. Hasil kajian mendapati hadis-hadis yang dikemukakan oleh Syiah adalah maudhu’ dan apa yang membimbangkan adalah usaha mereka yang cuba mencipta hadis menyerupai hadis yang terdapat dalam kitab kutubussittah. Oleh hal demikian, usaha sebegini amat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat agar kritikan dan panduan diberi dengan jelas bagi membendung hadis-hadis Syiah dari tersebar dalam masyarakat. Amalan ‘semak sebelum sebar’ juga wajar dijadikan pegangan seharian untuk mengelakkan dari taasub dan mengamalkan perkara yang palsu atau tiada asas dalam agama.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Periwayatan Hadis Syiah Analisis Dan Takhrij Hadis.pdf
Size
396.11 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):e6fe7165c9df31f5d4d5987cc48ea6a2