Options
Peranan Ilmu Mukjizat Bayani Dan Fakta Saintifik Dalam Meningkatkan Pemahaman Pembaca al-Quran: Kajian Terhadap Ayat 68 Dan 69 Surah Al-Nahl
Date Issued
2023
Author(s)
Muhammad Lukman Mat Sin
Shahrul Nizam Ishak
Abstract
Matlamat pembacaan al-Quran adalah untuk mencapai tahap kualiti pemahaman dan penghayatan yang paling tinggi. Ia penting bagi memperelokkan amalan pembaca al-Quran tersebut dalam usaha meraih hidayah dan mardhatillah. Penekunan pembacaan al-Quran adalah sangat penting dan tidak memadai sekadar membacanya dengan tajwid yang betul menerusi lantunan suara yang merdu sahaja, tetapi tuntutan mengamalkan isi bacaan hasil daripada proses pemahaman dan penghayatan bacaan yang berpaksikan kalimah tadabbur dan tafakkur adalah perlu diberi perhatian. Maka, artikel ini bertujuan memperincikan peranan ilmu mukjizat bayani dan fakta saintifik dalam konteks meningkatkan pemahaman dan penghayatan pembaca al-Quran. Kemahiran analisis keperpustakaan diadaptasi dalam menuntaskan kajian ini. Hasil penelitian mendapati kupasan pada ayat 68 dan 69 surah al-Nahl berkaitan mukjizat bayani dan fakta saintifik adalah sarat dengan nilai ilmu yang berupaya memainkan peranan sebagai pendorong kepada peningkatan tahap pemahaman serta perangsang terhadap penghayatan pembaca al-Quran bagi menatijahkan Irsyad al-Qalb (IQ) dalam merasai halawah dan kelazatan tilawahnya.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Peranan Ilmu Mukjizat Bayani Dan Fakta Saintifik Dalam Meningkatkan Pemahaman Pembaca al-Quran.pdf
Size
522.92 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6dd40c0fd7cfe7ac676439015d0a0f73