Options
Ketokohan Ulama Hadis Dalam Bidang Tafsir
Date Issued
2023
Abstract
Quran dan hadis Nabi SAW merupakan dua sumber rujukan utama Islam yang perlu difahami dengan baik oleh umat Islam. Disebabkan kepentingannya, penguasaan terhadap kedua-duanya telah menjadi tumpuan utama oleh ulama Islam dari zaman awal Islam. Namun, disebabkan kepelbagaian kecenderungan, kekangan dan perkara lain, walaupun ada di kalangan para ulama yang dapat menguasai kedua-duanya, tetapi tidak semua mereka menonjol dalam kedua-duanya. Malah sesetengah mereka hanya menonjol dan menghasilkan karya-karya yang menjadi rujukan hingga ke hari ini dalam satu atau beberapa bidang ilmu sahaja. Justeru, ada di kalangan mereka yang menonjol dalam bidang tafsir dan fekah, atau dalam bidang tafsir, bahasa dan beberapa bidang lain. Ada juga di antara mereka yang menonjol dalam lebih daripada itu. Termasuklah di kalangan mereka adalah ulama hadis. Terdapat beberapa ulama hadis yang dikesan menguasai dan menonjol dalam beberapa ilmu. Di antaranya ilmu tasfir. Malah mereka terkenal dalam bidang tersebut. Selain mempunyai karya agong dalam bidang hadis, mereka juga menghasilkan karya yang tidak kurang pentingnya dalam bidang tersebut. Disebabkan latar belakang mereka dalam bidang hadis, metodologi mereka dalam menafsirkan Quran mempunyai perbezaan daripada ulama tafsir lain yang bukan dari bidang hadis terutamanya dari sudut penekanan terhadap aspek riwayat. Kajian ini bertujuan membincangkan sumbangan mereka dalam bidang tafsir serta menganalisis metodologi yang mereka terapkan dalam menafsirkan Quran.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Ketokohan Ulama Hadis Dalam Bidang Tafsir.pdf
Size
419.18 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):9301ada6ef3d2c8eda004aa1c75df413