Options
Kajian Kes Tahap Penguasaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah dalam Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik Mersing dan Kesetaraan dalam Islam
Date Issued
2023
Author(s)
Kamarul Faiz Mihaj
Shudermawan Jaruman
Abstract
Kajian kes ini di lakukan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar Politeknik Mersing, Johor. Kemahiran ini merupakan salah satu elemen kemahiran generik yang diperlukan oleh pelajar selain daripada pencapaian akademik. Kemahiran ini juga dihuraikan melalui sudut pandang yang dititikberatkan dalam Islam. Seramai 260 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dipilih sebagai responden yang terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif. Platform Google Forms telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi tujuan soal selidik terhadap responden. Analisis data kajian secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Bagi tujuan melihat perbandingan tahap kemahiran kepimpinan berdasarkan jantina, analisis inferens menggunakan ujian-t telah digunakan. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa tahap kemahiran menyelesaikan masalah yang dikaji adalah tinggi di mana nilai min keseluruhan ialah 4.05. Walau bagaimanapun, ujian-t menunjukkan tiada perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran kepimpinan terhadap jantina pelajar. Kajian ini penting kepada pihak Politeknik Mersing untuk mengenal pasti tahap amalan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar. Kemahiran ini perlu di pertingkatkan dengan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kajian Kes Tahap Penguasaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah dalam Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik Mersing dan Kesetaraan dalam Islam.pdf
Size
388.99 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):04278456a3e186276542ebcb07a68713