Options
Metodologi Tajwid Sulayman Al-Jamzuri (W. 1227H) Pada Manzumah Tuhfah Al-Atfal
Date Issued
2023
Author(s)
Muhammad Ammar Farhan bin Ramlan
Muhammad Syafee Salihin bin Hasan
Ahmad Fikri Ihsan bin Mohd Khairuddin
Abstract
Sulayman al-Jamzuri (w. 1227H) merupakan seorang tokoh ulama al-Quran yang telah memberi sumbangan yang besar kepada umat Islam terutama dalam ilmu tajwid sama ada dari sudut riwayah dan juga dirayah. Manzumah Tuhfah al-Atfal merupakan salah satu karya agung yang ditulis oleh beliau dalam memberi panduan serta menyelesaikan beberapa isu permasalahan ilmu tajwid. Didapati manzumah Tuhfah al-Atfal ini sangat masyhur dipelajari di masjid atau institusi pengajian al-Quran di negara Arab dan Timur Tengah. Bahkan menjadikan kewajipan kepada para pelajar al-Quran di sana untuk mempelajari serta menghafal setiap rangkap bayt manzumah ini. Berbeza pula pendekatan pengajian ilmu tajwid di Malaysia yang lebih mesra menggunakan pendekatan dalam bentuk karangan atau huraian berbanding pendekatan dalam bentuk manzumah. Adakah pendekatan pengajian ilmu tajwid dalam bentuk manzumah di Malaysia ini sesuai diterapkan? Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk memperkenalkan ketokohan Sulayman al-Jamzuri dalam ilmu tajwid serta metodologi beliau yang disusun pada manzumah tuhfah al-Atfal. Kajian ini dilaksanakan dengan reka bentuk analisis kandungan iaitu data-data yang bersumber dari manzumah tuhfah al-Atfal serta buku-buku yang berhubungan dengan perbincangan demi mencapai objektif yang telah digariskan. Penulis berharap agar penulisan ini dapat memberi pendedahan akan kepentingan menguasai ilmu tajwid secara riwayah dan dirayah melalui pendekatan perbahasan dalam bentuk manzumah.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Metodologi Tajwid Sulayman Al-Jamzuri (W. 1227H) Pada Manzumah Tuhfah Al-Atfal.pdf
Size
378.03 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):cd61694292eb45f2ad802b95675d059e