Options
Kriteria Halal Dan Haram Makanan Menurut Perspektif Al-Quran: Analisis Tafsīr Mafatīhul Ghayb
Date Issued
2023
Author(s)
Nurul Saadah binti Mohammad Zaini
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Makanan merupakan sumber nutrien utama bagi manusia. Pelbagai sumber makanan dijelaskan dalam al-Quran khususnya dalam menentukan halal haram sesuatu makanan. Namun, dengan kepesatan teknologi dan industri pemakanan masa kini menyebabkan status sesuatu makanan diragui seperti isu penggunaan makanan sintetik dan bermacam-macam lagi. Perkara ini membahayakan kesihatan individu dan mengelirukan masyarakat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kriteria halal dan haram dalam al-Quran berdasarkan Tafsīr Mafātīhul Ghayb yang menjelaskan kriteria halal dan haram makanan seterusnya menyingkap hikmah di sebalik kriteria tersebut. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua kriteria dalam menjelaskan ciri-ciri halal dan haram makanan berdasarkan pentafsiran Tafsīr Mafātīhul Ghayb iaitu kriteria dalam aspek kebersihan dan kriteria dalam aspek hak pemilikan. Kriteria dalam aspek kebersihan bertujuan untuk menghindarkan pemakan daripada kemudaratan khususnya dari sudut kesihatan dan kriteria dalam aspek hak pemilikan bertujuan untuk menghalang daripada berlakunya kezaliman ke atas hak orang lain. Kajian ini penting dalam memberi penerangan kepada masyarakat tentang panduan pemakanan berdasarkan al-Quran di samping mendedahkan hikmah di sebalik sesuatu pensyariatan ditetapkan.
File(s)
Loading...
Name
Kriteria Halal Dan Haram Makanan Menurut Perspektif Al-Quran.pdf
Size
534.07 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a58f3e3f680ba431cc4cc52a8c910816