Options
Kajian Tentang Amalan Tabarruk Dengan Orang Soleh
Date Issued
2023
Author(s)
Nisa Syakirah Binti Hishamudin
Nor Firzana Binti Mohamad Sirat
Mesbahul Hoque
Abstract
Tabarruk merupakan amalan mengharapkan keberkatan daripada Allah melalui sesuatu yang mulia. Pengamalan tabarruk atau mengambil berkat ini telah menjadi sebahagian dari amalan segelintir masyarakat Islam. Kajian ini membincangkan tentang pengamalan mengambil berkat khususnya terhadap ulama dan orang soleh yang telah menjadi suatu ikutan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Namun, permasalahan ini sering menjadi perbincangan yang kadangkala menimbulkan perselisihan antara umat, ada yang menegah dan mengatakan ianya perbuatan bid’ah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pendapat ulama yang menerima dan menolak amalan tabarruk terhadap orang soleh dan mengenal pasti pendapat yang paling rajih atau benar berkenaan pengamalan ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metodologi kajian melalui analisis kandungan seperti artikel, jurnal dan buku. Hasil kajian ini mendapati bahawa berdasarkan hadis-hadis Nabi dan pendapat ulama yang rajih menunjukkan bahawa mengambil berkat dari ulama atau orang yang soleh adalah dibenarkan dengan iktiqad bahawa tiada apa-apa kuasa kebergantungan selain daripada Allah SWT. Tambahan pula, tabarruk adalah amalan yang mempunyai sandaran dari perbuatan Nabi Muhammad SAW, para sahabat, salaf dan ulama’ muktabar.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kajian Tentang Amalan Tabarruk Dengan Orang Soleh.pdf
Size
330.94 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):8d9fbd25751dd21f6c2446bdc8eec857