Options
Integrasi al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah dalam Pembentukan Keluarga Madani: Panduan Komunikasi Ibu bapa dengan Anak Perempuan
Date Issued
2023
Author(s)
Maisarah Saidin
Roshimah Shamsudin
Abstract
Ibu bapa memiliki tanggungjawab besar dalam mencorakkan anak-anak mereka sesuai dengan ajaran Islam. Sebagaimana maklum sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab jahiliyah dulu memperlakukan wanita dan anak perempuan dengan perlakuan yang buruk. Namun begitu, dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, martabat mereka telah diangkat ke tahap yang lebih mulia. Anak perempuan merupakan gambaran bagi generasi akan datang. Ini kerana, merekalah yang akan menjadi ibu dan melahirkan kualiti generasi berikutnya. Justeru, sekiranya anak perempuan tidak menerima pendidikan dan asuhan yang terbaik, maka mereka mungkin tidak mampu menghadapi tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak mereka. Pendidikan yang didasari dengan nilai-nilai positif mampu membentuk modal insan cemerlang. Justeru itu, kajian ini bertujuan menganalisis pendekatan al-Quran dan hadis Nabi SAW dalam membentuk keluarga Madani melalui etika berkomunikasi dengan anak perempuan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah pengumpulan data, data dianalisis melalui kaedah induktif dan diduktif dengan bersandarkan kandungan ayat al-Quran beserta tafsirnya dan kitab-kitab hadis induk seperti al-Kutub al-Sittah. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan kasih sayang dan memberikan perhatian kepada anak-anak, bersikap tegas dan memberikan hukuman secara berhikmah, serta senantiasa memberi nasihat dan mengingatkan tentang nilai-nilai agama merupakan kaedah yang wajar dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam berkomunikasi dengan anak perempuan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Integrasi al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah dalam Pembentukan Keluarga Madani.pdf
Size
457.57 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):57c62fbb031e55ca581dd45c60cd4658