Options
Kesan Terapi Psiko-Spiritual Islam Terhadap Kesihatan Rohani: Satu Tinjauan Kajian
Date Issued
2020-10-29
Author(s)
Wan Fatimah Zahra’ Wan Yusoff
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Terapi psiko-spiritual Islam telah diakui dan menjadi pendekatan popular kerana kepentingannya dalam penjagaan kesihatan masa kini. Ia adalah mekanisme rehabilitasi berdasarkan kaedah yang digariskan dalam Islam seperti Al-Quran, Sunnah dan amalan para salafussoleh dalam membantu pesakit menangani penyakit-penyakit fizikal, mental dan rohani. Walaupun telah diakui popularitinya, masih belum ramai para sarjana yang meninjau kajian dalam membincangkan keberkesanan Terapi Psikospiritual Islam ini. Oleh itu, tujuan tinjauan kajian ini adalah untuk mensintesis literatur dari tahun 2014 hingga 2019 mengenai kesan pendekatan Terapi psiko-spiritual Islam dalam penjagaan kesihatan rohani dengan menggunakan perisian ATLAS.ti8. Pencarian kata kunci, diikuti oleh tapisan menggunakan kriteria inklusi dari beberapa pangkalan data penting iaitu Scopus, ProQuest, Mendeley dan Google Scholar telah menghasilkan pencarian sebanyak 83 artikel berkaitan. Namun, setelah proses penyertaan dan pengecualian, hanya 35 artikel yang digunakan sebagai artikel yang akan dikaji. Tinjauan kajian daripada 35 artikel ini telah mendapati 18 kod awal yang mencirikan keberkesanan Terapi Psiko-spiritual Islam seterusnya dikelompokkan dalam 3 kelompok: penyakit fizikal, penyakit mental dan penyakit rohani. Terapi psiko-spiritual Islam cenderung menjadi intervensi yang bermanfaat dalam memperbaiki keadaan kesihatan individu yang terlibat. Artikel ini juga turut memberi manfaat dalam kajian masa hadapan kepada mana-mana penyelidik yang berminat untuk meneroka lebih lanjut mengenai Terapi Psiko spiritual Islam.
File(s)
Loading...
Name
BM033 - Kesan Terapi Psiko-Spiritual Islam Terhadap Kesihatan Rohani Satu Tinjauan Kajian.pdf
Description
Kesan Terapi Psiko-Spiritual Islam Terhadap Kesihatan Rohani: Satu Tinjauan Kajian
Size
476.51 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b208b3b1a4c5cc287e521816c2f7db94