Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Others
  4. Konvensyen Kearifan Nusantara (ARIF)
  5. 2024 ARIF
  6. Pembedahan Plastik untuk Kecantikan Menurut Quran, Sunnah dan Fiqh
 
  • Details
Options

Pembedahan Plastik untuk Kecantikan Menurut Quran, Sunnah dan Fiqh

Date Issued
2024
Author(s)
Nur Amira Binti Abdul Parik
Nor Auni Irdina Binti Hazizi
Nurul Atikah Binti Md Nasir
Syed Najihuddin Syed Hassan
Abstract
Kajian ini memfokuskan tentang pembedahan plastik yang menjadi salah satu budaya yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Pembedahan plastik ini bertujuan untuk kecantikan. Namun, Islam telah menetapkan garis panduan yang membolehkan pembedahan plastik dibenarkan jika terdapat kemudaratan. Walaupun Islam telah membenarkan sesuatu pembedahan plastik dijalankan mengikut hukum syarak namun, masih terdapat segelintir masyarakat yang menyalahgunakan kaedah rawatan ini yang bukan bertujuan untuk kesihatan dan kemudaratan diri. Golongan ini secara terang-terangan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih sempurna dan bukan untuk perubatan atau kesihatan. Oleh itu, kajian ini meneliti faktor yang mempengaruhi pembedahan plastik serta hukum dan prosedur pembedahan plastik menurut syarak. Kajian ini akan menggunakan kaedah qualitatif dengan menjadikan dokumen analisis (jurnal, artikel, google scholar) sebagai instrument kajian. Kajian ini dianalisis dengan pendekatan tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan seseorang melakukan pembedahan plastik. Selain itu, terdapat juga prosedur dan syarat yang perlu dipatuhi menurut syarak bagi mereka yang ingin melakukan pembedahan plastik. Disamping itu, hukum yang membolehkan pembedahan plastik disisi Islam perlu juga dititikberatkan bagi mengelakkan sesuatu perbuatan itu menyalahi hukum syarak. Umum mengetahui bahawa Islam itu adalah agama yang menyeluruh bagi semua umat Islam dan tidak akan ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa termasuklah kaedah pembedahan plastik yang dibenarkan mengikut hukum syarak. Pembedahan plastik bukanlah sesuatu yang wajar untuk dilakukan oleh manusia sesuka hati namun, sekiranya terdapat keadaan yang membolehkan mereka melakukannya maka dibolehkan disisi hukum syarak bertujuan untuk kesihatan dan kemudaratan diri.
Subjects

: Pembedahan plastik,...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Pembedahan Plastik untuk Kecantikan Menurut Quran, Sunnah dan Fiqh.pdf

Size

545.85 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):2b330a94be9122dcc9b1e18b860c4a8c

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia