Options
Keruntuhan Akhlak dalam Era Perang Psikologi di Media Sosial
Date Issued
2024
Author(s)
Sakinah binti Muhamad Shukri
Siti Norhanisah binti Subali
Nur Fatehah binti Mohd Fauzi
Abstract
Media sosial kini tidak lagi menjadi platform untuk masyarakat berkongsi berkaitan aktiviti kehidupan seharian sahaja. Media sosial seperti Twitter (X), Facebook, malah Instagram dan juga TikTok yang berkonsepkan perkongsian gambar dan video kini juga menjadi satu platform perdebatan maya. Ironinya, sebuah perdebatan seharusnya meningkatkan tahap intelektual dan moral masyarakat tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Pelbagai isu yang kadang sengaja dicipta telah berjaya melaga-lagakan pelbagai pihak. Realiti yang kita hadapi kini adalah keruntuhan akhlak individu yang boleh kita dapati dalam setiap respon yang mereka berikan. Perdebatan hujah yang sihat akhirnya menjadi satu perang psikologi yang seakan menyerang kehidupan peribadi pihak lawan dan langsung menjauh daripada tujuan asal sebuah perdebatan iaitu untuk menambah pengetahuan yang baru. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji hubungan antara perang psikologi di media sosial dan keruntuhan moral, menilai kesan perang psikologi di media sosial terhadap tingkah laku moral individu dan masyarakat dan membangunkan strategi untuk menentang kesan negatif perang psikologi di media sosial terhadap keruntuhan akhlak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumentasi seperti artikel dan jurnal yang berkaitan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa peningkatan kehadiran konten yang mengandungi unsur fitnah dan hasutan di media sosial yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada keruntuhan akhlak dalam masyarakat maya. Kesimpulannya, perang psikologi di media sosial telah menyumbang kepada keruntuhan akhlak dengan penyebaran konten negatif.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Keruntuhan Akhlak dalam Era Perang Psikologi di Media Sosial.pdf
Size
422.4 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):bee5d2c46533931a7cd112a44ed9c970