Options
Perubatan Tradisional dan Perubatan Moden: Refleksologi Spritual Islam Sebagai Kaedah Perubatan
Date Issued
2024
Author(s)
Wan Nurul Jannah Binti Wan Aziz
Shania Puspa Novandari
Hawa’ Binti Mohd Kadri
Sukhairu Bin Sulaiman
Abstract
Kaedah perubatan refleksologi Islam adalah berasal dari Al-Quran dan As-Sunnah yang kemudiannya dikumpulkan dan dirumuskan menjadi salah satu kaedah perubatan tradisional Islam. Rawatan ini sangat istimewa dan dapat membantu menyembuhkan berbagai penyakit dengan segera, berkesan dan tidak membebankan kos yang tinggi. Permasalahan bagi kajian ini adalah dimana timbulnya pelbagai persoalan bagi masyarakat yang pertama kali mendengar kaedah rawatan ini. Hal ini kerana mereka menyangka pukulan atau sebatan itu pada kebiasaannya kuat dan menyakitkan yangtidak akan tertanggung sedangkan ianya tidak menyakitkan pesakit secara luaran. Kajian ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat awam dalam mencari alternatif rawatan yang berkesan. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian secara kualitatif. Data-data kajian dikumpul secara analisis dokumen kepustakaan dengan merujuk kepada beberapa buku dan artikel yang berkaitan serta menggunakan kaedah pemerhatian terhadap pesakit yang telah menerima rawatan dalam tempoh tertentu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara refleksologi Islam dan biasa kerana dapat merawat pelbagai penyakit luaran dan dalaman. Secara konklusinya, rawatan ini bukan sahaja dapat membantu penyembuhan dalam penyakit fizikal atau luaran malah menitikberatkan rawatan kerohanian sebagai amalan harian.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Perubatan Tradisional dan Perubatan Moden Refleksologi Spritual Islam Sebagai Kaedah Perubatan.pdf
Size
510.65 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d6ef2d4222304b6d7ec77d8744347f46