Options
Ketokohan Sheikh Nuruddin Al-Banjari dan Sumbangannya dalam Dakwah Islamiyyah
Date Issued
2024
Author(s)
Wan Nur Aina Binti Wan Kamaruddin
'Izzatul 'Aliaa Binti Ahmad Baihaki
Syed Najihuddin Syed Hassan
Abstract
Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib Al-Banjari merupakan seorang tokoh yang terkenal dengan ilmunya dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau mengambil kesempatan dan menumpukan perhatiannya dalam mencurahkan ilmu kepada para pelajar yang menuntut di Universiti al Azhar dan juga di Malaysia. Di samping itu, beliau merupakan seorang ulama yang di kenali ramai, kerana sering dijemput untuk mengadakan kelas pengajian kitab mahupun ceramah bulanan atau mingguan di mana-mana sahaja sama ada di masjid, sekolah, majlis perayaan agama dan sebagainya untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan ketokohan Syeikh Nuruddin Al-Banjari dari sudut biografi dan pengalaman hidup beliau. Selain daripada itu, hasil karyanya turut dibahaskan dalam kajian ini. Melalui metodologi kualitatif dengan merujuk kepada artikel dan jurnal yang diterbitkan berkisar tentang pengalaman hidup beliau sekali gus menganalisis karya-karya yang beliau terbitkan. Hasil kajian ini mendapati bahawa sumbangan Syeikh Nuruddin Al-Banjari amatlah besar dan meluas terhadap dakwah Islamiyyah dan juga perkembangan ilmu dalam setiap bidang Al-Quran dan As-Sunnah seperti Al-Quran, Hadis, Feqah dan sebagainya. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa sumbangan dan bakti yang dicurahkan oleh Syeikh Nuruddin Al-Banjari banyak memberi dorongan dan galakan terhadap masyarakat khususnya dalam perkembangan ilmu pada zaman kini.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Ketokohan Sheikh Nuruddin Al-Banjari dan Sumbangannya dalam Dakwah Islamiyyah.pdf
Size
434.01 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):78fc87d90356bebe103a65ac0205c095