Options
Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Ict) dalam Membentuk Pelajar yang Berdaya Saing Serta Berakhlak Mulia
Date Issued
2024
Author(s)
Nurul Aini Farhuna Binti Zabani
Nur Fatihah Binti Khairul Azmi
Syed Najihuddin Bin Syed Hassan
Abstract
Dalam era moden ini, dunia telah didominasi oleh Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT (Information and Communication Technology). Kewujudan ICT ini mengubah cara kita belajar, berkomunikasi, dan berinteraksi dengan dunia sekitar. Oleh itu, kajian tentang bagaimana ICT mempengaruhi pembentukan pelajar dalam dua aspek utama iaitu keupayaan daya saing dan perkembangan akhlak pelajar adalah relevan dan penting dalam konteks pendidikan. Namun, masih terdapat beberapa isu yang memerlukan perhatian dalam perkara ini. Pertama, dengan pertumbuhan pesat teknologi, adalah penting untuk memahami sejauhmana ICT memainkan peranan dalam meningkatkan keupayaan pelajar untuk bersaing di pasaran kerja yang semakin kompetitif. Kedua, adalah penting untuk mengkaji pengaruh penggunaan pintar ICT terhadap perkembangan akhlak pelajar. Teknologi boleh digunakan untuk memajukan nilai-nilai akhlak dan etika dalam pendidikan, tetapi juga boleh disalahgunakan menjadi alat yang mendorong kepada sikap tidak bermoral. Oleh itu, permasalahan etika, penggunaan yang betul, dan kesan ICT terhadap perkembangan moralpelajar adalah bidang yang perlu diberikan perhatian. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama kajian ialah untuk mengenalpasti kepentingan teknologi dan maklumat dalam membentuk pelajar yang mampu berdaya saing. Objektif yang kedua pula ialah meneliti pengaruh pintar ICT terhadap akhlak mulia pelajar. Kajian yang digunakan ialah kajian berbentuk tinjauan melalui Google Form. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah seramai 15 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan orang awam. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai kepintaran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat meningkatkan akhlak mulia melalui penyampaian ICT yang benar.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Ict) dalam Membentuk Pelajar yang Berdaya Saing Serta Berakhlak Mulia.pdf
Size
509.76 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):96b6b04e30a4ca0e2c198b8c5d9cc038