Options
Penggunaan Tiktok Sebagai Medium Dakwah Digital
Date Issued
2024
Author(s)
Nazirah Md Nazir
Norizzati Zaidi
Nur Syafiqah Ali
Abstract
Artikel ini bertujuan mengkaji penggunaan platform TikTok sebagai kaedah baru dakwah digital dan fokusnya adalah pada konteks Islam. Dalam meniti arus kemodenan ini, media sosial seperti TikTok telah menjadi fenomena besar dan mempunyai peranan yang sangat penting seperti memberikan informasi dengan sangat meluas, motivasi agama dan lain-lain lagi. Secara umumnya, TikTok telah menarik ramai pengguna daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama yang bukan sahaja ingin mendapatkan hiburan dunia bahkan juga ilmu agama. Platform ini menjadi kegemaran ramai kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual yang padat serta ringkas. Namun, kita akan melihat sejauh mana keberkesanan dakwah digital melalui medium TikTok, adakah perlu berdakwah melalui aplikasi TikTok serta apakah cabaran pendakwah dalam mengekalkan perkongsian melalui platform ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan video dan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik pelajar kos Pengajian Quran dan Sunnah. Hasil kajian ini kita dapat mengetahui peratusan individu yang boleh memahami isi kandungan video yang dihasilkan daripada aplikasi ini. Justeru itu, diharapkan kajian inidapat memberikan pemahaman mendalam tentang sejauh mana keberkesanan TikTok sebagai medium menyebarkan dakwah Islam.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Penggunaan Teknologi dalam Mempelajari dan Menyebarkan Ilmu Quran dan Sunnah.pdf
Size
429.01 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):56fe9ce4e76d5bd27a80c94eaee9972d