Options
Model Pendidikan Anak dalam Surah Luqman dalam Kehidupan
Date Issued
2024
Author(s)
Nur Hazieqah Azlin Binti Suhaimi
Anis Shairah Binti Muhamad Jamri
Nur I’ffah Husna Binti Mohd Azim
Syed Najihuddin Bin Syed Hassan
Abstract
Setiap anak yang dilahirkan merupakan anugerah daripada Allah S.W.T dan juga amanah yang perlu dipikul oleh kedua ibu bapa terutama dari segi pendidikan. Agama Islam telah menggariskan panduan yang jelas dalam proses pendidikan anak anak dari awal kelahir an sehingga meningkat dewasa. Oleh hal demikian, Sebagai ibu bapa seharusnya mengaplikasikan kaedah yang telah perkenalkan oleh Allah swt dalam proses pendidikan anak anak pada masa kini bagi melahirkan generasi hamba berakhlak dan betaqwa. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat tidak menyedari bahawa kaedah pendidikan anak anak telah diperkenalkan dalam ayat suci Alquran. Tanpa pendidikan yang benar akan membawa kepada keruntuhan akhlak dan jati diri remaja kini. Islam telah menyediakan garis pandu an dari pelbagai aspek kehidupan termasuk soal Pendidikan anak anak. Antara surah yang berkaitan dengan soal pendidikan anak anak adalah surah Luqman dan ia bersesuaian dengan peredaran sepanjang zaman. kajian ini bagi Mengenalpasti ayat al quran dalam s urah luqman yang berhubung dengan pendidikan anak anak serta cara mengaplikasikan pendidikan anak anak mengikut cara islam. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan menggunakan kaedah dokumentasi daripada tafsiran Al Quran, jurnal dan artikel yang berkaitan . Pendidikan merupakan usaha atau tindakan untuk membentuk keperibadian manusia serta ia adalah aspek penting bagi menentukan corak dan akhlak dalam kehidupan manusia. Dari ringkasan kisah Luqman ini juga kita dapat mengetahui tentang prinsip pendidikan ya ng terdiri daripada pendidikan tauhid, pendidikan syariat dan pendidikan akhlak.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Model Pendidikan Anak dalam Surah Luqman dalam Kehidupan.pdf
Size
535.84 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2aa605aa2fcdddb29da1b27ac417d1e0