Publication:
Cabaran Kesinambungan Warisan Seni Bina Rumah Tradisional Melayu Di Semenanjung Malaysia: Solusi Ke Arah Memartabatkan Seni Budaya Warisan Ketamadunan Melayu

Loading...
Thumbnail Image

Date

2021-10-26

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Warisan seni bina rumah tradisional Melayu melambangkan ketinggian kearifan tempatan di Alam Melayu. Walau bagaimanapun, warisan budaya seni bina Melayu ini kian terpinggir dalam arus kemodenan dan kepesatan pembangunan. Kajian ini menganalisis cabaran kesinambungan dalam mengekalkan warisan pembinaan rumah tradisional Melayu di Malaysia. Selain itu, kajian ini turut meneliti implikasi perubahan pemikiran dan arus modenisasi terhadap kesinambungan warisan seni bina rumah tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia.Pendekatan penyelidikan secara kualitatif digunakan dalam pengumpulan data melalui kajian perpustakaan dan temuramah bersama pakar seni bina rumah tradisional Melayu Malaysia. Data dianalisis secara analitikal melalui analisis deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa pelbagai isu yang menjadi cabaran dalam memartabatkan warisan seni bina rumah tradisional Melayu di Malaysia, sama ada dari segi komitmen individu, sikap masyarakat, organisasi, mahupun perspektif pemikiran generasi muda dan moden kini. Implikasi kepada peminggiran khazanah warisan negara ini merupakan bencana kepada nasib masa depan kegemilangan tamadun bangsa. Kajian ini mencadangkan strategi yang praktikal bagi memelihara warisan dalam seni bina rumah tradisional tempatan untuk perhatian banyak pihak. Dapatan kajian menyumbang kepada ilmu pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan warisan tradisi kebanggaan negara yang sebahagian besarnya telah mendapat pengiktirafan dunia.

Description

E-Proceedings Of The International Conference On Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2021) “Humane Leadership and Da’wah For Sustainable Future of Ummah” 26-27 October 2021 Organized by: Da’wah and Islamic Management Program, Faculty of Leadership and Management, USIM

Keywords

Cabaran, warisan, seni bina, rumah tradisional, masyarakat Melayu

Citation