Options
Kerinduan Atau Ketagihan Terhadap Dadah Punca Belia Kecundang Dan Kembali Menagih
Date Issued
2015
Author(s)
Norazleen Mohamad Noor
Nurafifah Kamarudin
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan suatu kajian mengenai gejala penagihan
dadah berulang. Ianya melihat faktor-faktor utama penagihan dan punca berlakunya
penagihan berulang. Kajian turut melihat, adakah penagihan berulang ini disebabkan
oleh kerinduan ataupun ketagihan terhadap bahan terlarang tersebut. Turut dibincangkan
ialah cabaran serta kekangan yang dihadapi oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan
dalam menjalankan tanggungjawab memulihkan, menyebarkan maklumat dan
melaksanakan program yang dirangka untuk membantu para pelatih terbabit. Kajian ini
diharap mampu membuka minda masyarakat akan peri pentingnya peranan setiap
anggota masyarakat untuk turut sama membantu mengatasi masalah ini. Kajian ini turut
akan mengetengahkan latar belakang profil mereka yang terlibat dalam menyelami hati
dan perasaan mereka sehingga menyebabkan mereka kecundang dan tewas terhadap
najis dadah ini. Diharap ianya dapat memberikan kesedaran dan manfaat kepada kita
semua dalam menangani secara efektif dan membanteras penagihan dadah di Negara
yang kita cintai ini.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Bab 21 Kerinduan Atau Ketagihan Terhadap Dadah Punca Belia Kecundang Dan Kembali Menagih.pdf
Size
281.88 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ff37835da768cbdeb4a36b56d76e6ccd