Publication:
Keberkesanan Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Program I-THINK Bagi Meningkatkan Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pengenalan- Program i-THINK adalah satu program hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan para pelajar ke arah menghasilkan para pelajar berinovatif. Peta pemikiran i-THINK berbentuk peta buih berganda telah dipilih untuk digunakan untuk kajian ini. Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran di dalam program i-THINK bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar tahun 5 dalam subjek Pendidikan Islam di bawah topik Tayammum. Methodologi – Pelbagai teknik kajian digunakan untuk memperolehi data iaitu temubual, soal selidik dan ujian pra dan ujian pasca. Dapatan – Hasil kajian mendapati dengan penggunaan peta pemikiran i-THINK ini, minat para pelajar terhadap pembelajaran meningkat dan secara tidak langsung ia membantu mencetuskan inovasi dan kreativiti di kalangan para pelajar. Sekali gus, ini meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka. Kepentingan – Guru-guru boleh memenafaatkan penggunaan peta buih ini di dalam pembelajaran untuk menarik minat para pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dan secara tidak lamgsung meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi mereka.

Description

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia

Keywords

Program i-THINK, Peta buih, KBAT

Citation