Publication:
Manuskrip Kesultanan Melayu Buton: Pengenalan Terhadap Manuskrip Tahsīn Al-Awlād Fī Ṭā‘At Rabb Al-‘Ibād

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kesultanan Buton adalah sebuah kesultanan Islam yang telah didirikan pada abad ke-14 yang terletak di kawasan pulau Sulawesi Tenggara yang mana meninggalkan banyak karya-karya keagamaan Islam. Karya-karya keagamaan Islam ini dihasilkan oleh ulama’ di kalangan rakyat jelata dan juga pemerintah. Kini, sekitar 340 buah naskhah terdapat dalam pernaskahan Buton, yang sebahagian besar terdapat pada koleksi Abdul Mulku Zahari dalam pelbagai bidang. Walau bagaimanapun tidak banyak kajian tentang manuskrip Buton. Secara khususnya, ini adalah kajian naskhah Tahsīn Al-Awlād fī Tā‘at Rabb al-Íbād karya Sultān Muhammad Aydrūs Qā‘imuddīn al-Buṭūnī (d.1851M), seorang ulama tasawwuf terkenal di Buton. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti isi kandungan dan gaya penulisannya serta menyorot pengaruh manuskrip ini di Alam Melayu dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan ketinggian ilmu dan pemahaman pengarang yang mendalam terhadap ilmu Hadis dan tasawuf yang berkait rapat dengan pendidikan karakter (akhlak) dalam Islām, dan peranan dan kepentingan teks ini dalam pembangunan sistem pendidikan karakter (akhlak) dalam Islam di Alam Melayu.

Description

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta Indonesia

Keywords

Buton; Manuskrip; Pendidikan karakter; Akhlak.

Citation

Collections