Publication:
Pembangunan Media Sosial Baharu dan Impaknya Terhadap Dakwah Era Digital di Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Perkembangan pesat media baharu di Malaysia bermula dengan pengenalan internet, penubuhan Institut Sistem Microelectronics Malaysia atau Malaysian Institute of Microelectronics Systems (MIMOS) dikuti dengan pengenalan Koridoraya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (the High-Speed Broadband). Kemunculan media baharu pada masa kini dilihat sebagai satu wadah penting untuk berdakwah dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebanjiran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter telah mewujudkan peluang baru dalam kalangan pendakwah disebabkan sifat kepantasannya dalam penyampaian maklumat. Di sebalik peluang yang luas menggunakan medium baharu ini, terdapat juga cabaran dalam penggunaan media baharu dalam konteks da’wah era digital.

Description

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta Indonesia

Keywords

Citation

Collections