Publication: Pendekatan Berhikmah dalam Falsafah Menurut al-Ghazālī (1058 - 1111 M)
Loading...
Date
2022
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Abū Hamīd al-Ghazālī merupakan ilmuwan Islam yang tersohor. Beliau mengusai pelbagai bidang ilmu Pengajian Islam seperti syariah, akidah, akhlak dan tasawwuf. Walupun terkenal melalui penulisan Ihyā’ ʿUlūm al-Dīn yang mengharmonikan cabang-cabang keilmuwan Islam iaitu akidah, syariah, akhlak dan tasawwuf, beliau juga telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang falsafah. Antara penulisan penting beliau dalam bidang falsafah dan pemikiran Islam ialah Maqāṣid al-Falāsifah, Tahāfut al-Falāsifah dan al-Munqidh min al-Ḍalāl. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan tentang pendekatan yang berhikmah dalam falsafah menurut al-Ghazālī. Penulisan akan merujuk kepada karya al-Ghazālī terutamanya autobiografi beliau yang terkenal iaitu al-Munqidh min al-Ḍalāl. Dalam membincangkan tentang sikap dan pendirian terhadap falsafah, beliau telah membentangkan sebuah neraca pertimbangan yang adil dan berhikmah. Beliau mengingatkan kepada mereka yang meminati falsafah dan bersikap lunak terhadapnya bahawa terdapat bahaya menerima falsafah, manakala terdapat bahaya menolak falsafah bagi mereka yang lantang mengkritik dan menolak falsafah. Ini kerana menurut al-Ghazālī, terdapat manfaat dalam ilmu falsafah dan pada masa yang sama terdapat keburukannya. Oleh itu, sikap kritis dan pendekatan berhikmah yang telah dibentangkan oleh al-Ghazālī dalam falsafah ini boleh dijadikan panduan bagi cendiakawan Islam pada hari ini dalam menghadapi ilmu asing terutamanya yang datang daripada Barat.
Description
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman
19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian)
Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM)
Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta Indonesia
Keywords
Falsafah; al-Ghazālī; hikmah; al-Munqidh min al-Dalāl