Options
Pandangan Orientalis Tentang Mukjizat Nabi Muhammad SAW Serta Respon Sarjana Muslim Mengenainya
Date Issued
2022
Author(s)
Afruzah Binti Ahmad Azizi
Ros Aiza Binti Mohd Mokhtar
Abstract
Orientalis membincangkan tentang masalah Islam dan kehidupan Nabi Muhammad SAW termasuklah membahaskan tentang kesahihan hadis yang disampaikan oleh ulama terdahulu. Apabila mereka enggan menerima hadis, mereka juga akan menolak mukjizat Nabi Muhammad SAW. Kertas kerja ini bertujuan mengumpul pandangan Orientalis terhadap mukjizat Nabi Muhammad SAW seperti al-Quran, kejadian Israk Mikraj, dan kejadian air yang mengalir dari jari Nabi SAW. Kajian ini juga mengenengahkan beberapa pandangan Orientalis yang menghujahkan tentang kepalsuan serta pembohongan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Antara Orientalis yang menyuarakan tentang mukjizat Nabi SAW ialah Ignaz Goldziher, Joseph Schatch, William Muir, Clinton Bennet, David Samuel Morgoliouth dan Frederick Stephen Colby. Selanjutnya, kajian ini membincangkan tentang pandangan beberapa sarjana Muslim yang melawan hujah-hujah Orientalis tersebut berdasarkan hujah daripada Quran, Hadith dan hujah-hujah logik. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan bagi pengumpulan data. Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif interpretif. Hasil kajian mendapati bahawa Orientalis menganggap mukjizat Nabi SAW hanya sebagai rekaan, mereka menafikan setiap mukjizat Nabi SAW dan mempersoalkan kesahihan hadis-hadis yang berkaitan. Kajian ini diharap dapat menggugurkan dakwaan-dakwaan yang dikemukakan oleh orientalis tentang mukjizat Nabi Muhammad SAW.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pandangan Orientalis Tentang Mukjizat Nabi Muhammad SAW Serta Respon Sarjana Muslim Mengenainya.pdf
Size
344.91 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a2bd87ed72ea9affb4f628d904aa40fd