Options
Prinsip Keluarga Islam Mendepani Norma Baharu Semasa Pandemik Covid-19
Date Issued
2020-10-15
Abstract
Pandemik Covid-19 yang melanda hampir di seluruh pelosok dunia tidak hanya memberi kesan kepada struktur kehidupan fizikal manusia yang menjadi mangsa jangkitan virus Corana. Namun, pandemik yang tidak diketahui bila hilangnya ini juga telah merubah tatanan masyarakat khasnya pada tahap yang paling kecil iaitu keluarga. Sebagai bahagian paling penting dalam masyarakat, keluarga menjadi sumber kekuatan untuk membangun bangsa dan negara serta dasar tegaknya sebuah tamadun. Islam sebagai panduan dan cara hidup (way of life) memiliki nilai-nilai mulia sejagat. Ia juga menjadi rujukan utama dalam membentuk
keluarga yang kuat dan mampu mendepani segala cabaran semasa. Kejayaan dan kekuataan sebuah bangsa dan negara bergantung kepada kuatnya sebuah masyarakat dan insititusi keluarga di dalamnya. artikel ini bertujuan menjelaskan aspek-aspek penting yang mendokong kekuatan keluarga pasca pandemik covid-19 dan panduan Islam dalam konsep keluarga menghadapi cabaran normal baharu. Berdasarkan fakta dan maklumat yang dihimpun dari pelbagai sumber dan literatur khasnya tulisan-tulisan tentang pandemik covid-19, normal baharu serta konsep keluarga dalam Islam, artikel ini mendapatkan beberapa hasil kajian di antaranya adalah bahawa terdapat banyak pengajaran yang diambil dari musibah pandemik covid-19 yang telah menguji manusia dan menjadikannya lebih kuat jika ia dihadapi dengan usaha serta sikap yang positif. Konsep keluarga Islam yang berdasarkan kepada ajaran alQur’an dan as-Sunnah jika diterapkan dengan benar, akan menghasilkan struktur keluarga yang kuat dalam mendepani segala keadaan. Disamping itu, normal baharu yang menjadi amalan dan kebiasaan masa kini secara umumnya telah terkandung dalam nilai-nilai ajaran
Islam yang tidak disedari dan belum sempurna diamalkan oleh masyarakat. Justeru, adalah penting untuk kembali kepada ajaran Islam yang lengkap agar dapat memahami konsep keluarga dan memperkuat institusi ini khanya semasa mendepani normal baharu pasca pandemik.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
194PRINSIP KELUARGA ISLAM MENDEPANI NORMA BAHARU SEMASA PANDEMIK COVID-19.pdf
Size
610.3 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ea7e0bfbaff29a8b7c987c0a3afabe88