Publication:
Hubungan Diplomatik Malaysia Dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Diplomasi dan hubungan strategik adalah sebahagian daripada elemen yang signifikan dalam pengurusan Hal Ehwal Islam demi membantu meningkatkan fungsi sesuatu organisasi. Malaysia melalui JAKIM berperanan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan negara-negara luar. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengupas pengalaman pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik dengan negara majoriti dan minoriti muslim melalui pertubuhan-pertubuhan Islam di peringkat antarabangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan menerusi analisis bahan sekunder, seperti artikel jurnal, buku dan kajian ilmiah bagi mendapatkan maklumat tentang diplomatik dan pengalaman JAKIM dalam melaksanakan hubungan diplomatik antarabangsa. Kajian mendapati bahawa hasil jalinan diplomasi Malaysia dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di peringkat Antarabangsa telah membuahkan banyak manfaat dari pelbagai aspek yang mencakupi aspek kesihatan, kebajikan, keadilan, keselamatan dan kesejahteraan ummah sejagat. Kata kunci: Pengurusan, diplomasi, Hal Ehwal Islam, JAKIM

Description

Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Keywords

Pengurusan,, diplomasi,, Hal Ehwal Islam,, JAKIM

Citation

Collections