Options
Taksiran Kadar Nafkah ‘Iddah Tanpa Melalui Sulh: Tinjauan Awal Di Era Kehilangan Pekerjaan Akibat Wabak Covid-19
Date Issued
2021-09-09
Author(s)
Norman Zakiyy,
Maizatul Farisah Mohd Mokhtar,
Abstract
Dalam kes perceraian, Majlis Sulh adalah forum alternatif kepada perbicaraan di mana kedua belah pihak berpeluang untuk menyelesaikan isu tuntutan secara damai. Dalam menetapkan kadar nafkah ‘iddah pula, kedua belah pihak boleh berusaha untuk mencapai persetujuan bersama tanpa campurtangan mahkamah melalui perbicaraan. Namun begitu, kaedah penyelesaian ini mungkin akan menjadi kurang efektif sekiranya kedua pihak terlalu emosional dan tidak berkompromi. Pada masa yang sama, suami yang menceraikan isterinya pula mungkin sedang mengalami masalah kewangan yang serius akibat daripada kesan wabak COVID-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan. Pembayaran nafkah ‘iddah masih merupakan suatu tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isteri yang telah diceraikannya. Artikel ini membincangkan kaitan antara keadaan sosio-ekonomi suami yang menceraikan isterinya dan penentuan kadar nafkah ‘iddah yang sesuai. Adalah didapati penaksiran kadar nafkah ‘iddah haruslah mengambil kira sosio-ekonomi suami yang berubah dan kos hidup terkini. Penetapan kadar nafkah ‘iddah yang munasabah dapat mengurangkan kes ketidakpatuhan kepada perintah Mahkamah Syariah berhubung dengan pembayaran nafkah ‘iddah.
Kata kunci: Kadar nafkah ‘iddah, sosio-ekonomi, sulh, COVID-19
Kata kunci: Kadar nafkah ‘iddah, sosio-ekonomi, sulh, COVID-19
File(s)
Loading...
Name
18.BM. SAIS2021 - Taksiran Kadar Nafkah ‘Iddah Tanpa Melalui Sulh_ Tinjauan Awal Di Era Kehilangan Pekerjaan Akibat Wabak Covid-19.pdf
Description
Taksiran Kadar Nafkah ‘Iddah Tanpa Melalui Sulh: Tinjauan Awal Di Era Kehilangan Pekerjaan Akibat Wabak Covid-19
Size
605.36 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):80fba286524fd002e08a190750a184b8