Options
Pengajaran Berpasukan Dalam Kursus Bahasa Arab: Kajian Maklumbalas Pelajar
Date Issued
2021-09-09
Author(s)
Azniwati Abdul Aziz
Abstract
Kursus Bahasa Arab di Pusat Tamhidi telah dilaksanakan dengan kaedah pengajaran berkumpulan (team teaching) pada semester 2 sesi akademik 2020/2021. Pelaksanaan kursus Bahasa Arab dengan kaedah pengajaran berkumpulan ini merupakan satu pengalaman baru bagi majoriti pengajar yang terlibat. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji maklumbalas pelajar bagi mengetahui kelebihan dan kelemahan pengajaran berkumpulan yang dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan responden lebih banyak memberi maklumbalas mengenai kelebihan yang mereka perolehi daripada kaedah pengajaran berkumpulan berbanding maklumbalas tentang kelemahan kaedah tersebut. Kajian ini akan menjadi panduan untuk memperbaiki kelemahan dari semua sudut agar pelajar dapat menerima proses pembelajaran terbaik jika kaedah pengajaran berpasukan ini masih perlu diteruskan pada semester akan datang.
Kata kunci: pengajaran berpasukan, team teaching dan kebersamaan
Kata kunci: pengajaran berpasukan, team teaching dan kebersamaan
File(s)
Loading...
Name
26.BM. SAIS2021 - Pengajaran Berpasukan Dalam Kursus Bahasa Arab_ Kajian Maklumbalas Pelajar.pdf
Description
Pengajaran Berpasukan Dalam Kursus Bahasa Arab: Kajian Maklumbalas Pelajar
Size
632.26 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):44bd2a270aa562fe24f1c524e72a890b