Publication:
Aplikasi Pemasaran Digital Dalam Indutri Pelancongan Halal

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Sektor pelancongan halal semakin mendapat perhatian dunia kerana potensi pasaran yang besar serta pertumbuhan pasaran yang baik dan meyakinkan. Justeru, pemain industri yang terlibat perlu aktif dalam meneroka peluang yang tersedia terutamanya dalam penggunaan aplikasi digital yang optimum. Antara faktor utama perkembangan sektor ini ialah analisis populasi generasi milenium dan Generasi Z, serta teknologi yang akan meningkatkan akses kepada maklumat pelancongan. Oleh itu, kajian ini akan menggunakan pendekatan kuantitatif bagi mendapatkan maklumat berkenaan penggunaan pemasaran digital di kalangan penyedia pelancongan halal serta pelancong Muslim di Malaysia. Hasil dapatan kajian diharap dapat memberi gambaran tentang penggunaan pemasaran digital terkini supaya penambahbaikan dapat dibuat serta strategi yang tepat dapat dilaksanakan oleh pemain industri pelancongan halal terutamanya di Malaysia.

Description

E-Proceeding (Extended Abstract) SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli”/ Editor: Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali , Irwan Mohd Subri , Siti Rubaini Mat. 1 December 2022 I Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)

Keywords

Pemasaran Digital, Pelancongan Halal, Malaysia.

Citation