Options
Kaedah Pengukuran Penentuan Status Mualaf kepada Mukalaf dalam Konteks Malaysia (Deterministic Measurement Methods in Mualaf to Mukalaf Status in Malaysian Context)
Journal
UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies
ISSN
2289-8204
Date Issued
2020-06-28
Author(s)
Azman Ab. Rahman
Nurul Shazwani Nordin
Muhammad Faiz Abd. Shakor
Mohamad Anwar Zakaria
Nur Ain Syafiqah
Mohammad Naqib Hamdan
DOI
10.11113/umran2020.7n2.413
Abstract
Pemelukan agama Islam dalam kalangan mualaf meningkat saban tahun. Perkembangan ini amat baik dan menunjukkan Islam agama yang rahmah dan sesuai sepanjang zaman. Istilah mualaf atau saudara baharu sering digunapakai oleh masyarakat atau agensi yang mengurus, membimbing dan menjaga kebajikan mualaf.Terdapat timbul persoalan berkaitan tempoh status mualaf yang berbeza mengikut negeri sehingga menyebabkan keperluan kepada terhadap status mualaf kepada mukalaf yang perlu dikaji dan diteliti secara terperinci. Justeru, objektif kajian ini adalahmengenal pasti konsep mualaf serta mukalaf mengikutkriteria yang ditetapkan oleh sarjana Islam dalam menentukan seseorang sebagai mukalaf. Kajian ini juga akan mengkaji kaedah pengukuran penentuan status mualaf kepada mukalaf berdasarkan pandangan ulama dan keperluan masa kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah dokumentasi.Hasil kajian mendapati bahawa kaedah penentuan status mualaf kepada mukalaf perlu memenuhi tiga kriteria utama iaitu telah mencapai dewasa (baligh), berakal dan faham terhadap sesuatu hukum yang ditetapkan. Kajian lanjutan berkaitan kriteria tambahan dalam menentukan status mualaf kepada mukalaf perlu dilakukan bagi membangunkan satu instrumen yang boleh digunapakai oleh agensi berwajib. Diharapkan kajian ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada pihak pengurusan zakat di Malaysia dalam menghasilkan kaedah penentuan status mualaf kepada mukalaf.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kaedah Pengukuran Penentuan Status Mualaf kepada Mukalaf dalam Konteks Malaysia (2).pdf
Size
355.07 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):00dd959c814305ba36dce50e53ec2f7c