Publication: Reka Bentuk Model Pengintegrasian Ayat Hafazan Al-Quran dengan Ilmu Aqli di Kolej GENIUS Insan
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Penerapan integrasi ilmu naqli dan aqli (INAQ) dalam setiap subjek yang ditawarkan di Kolej GENIUS Insan (KGI) adalah satu kemestian dan subjek Hifz Al-Quran (hafazan Al-Quran) yang merupakan subjek wajib turut tidak terkecuali. Namun modul pendidikan Al-Quran yang digunakan di KGI tidak menggariskan panduan secara spesifik dalam pengintegrasian ayat hafazan dengan ilmu aqli. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk model pengintegrasian ayat hafazan dengan ilmu aqli bagi kegunaan guru Al-Quran dan pelajar Kolej GENIUS Insan. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian perpustakaan dan Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) melibatkan sekumpulan pakar. Hasil kajian ini ialah sebuah Model Pengintegrasian Ayat Hafazan dengan Ilmu Aqli yang mempunyai lima komponen, lima fasa, lapan sub-fasa yang mengandungi aktiviti dan elemen. Model ini dapat memberikan garis panduan kepada guru-guru Al-Quran dan pelajar Kolej GENIUS Insan dalam pengintegrasian ayat hafazan dengan ilmu aqli.
Description
Ulum Islamiyyah
Volume: 35 No:2 (page: 1–16)
Keywords
tafsir, Al-Quran, tahfiz, Islam, Islamic education, naqli and aqli, Integration of Knowledge
Citation
Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Muhammad Hafiz Saleh, & Adibah Sulaiman @ Mohamad. (2023). Reka Bentuk Model Pengintegrasian Ayat Hafazan Al-Quran dengan Ilmu Aqli di Kolej GENIUS Insan : [Modelling the Design of Integrating Memorised Quranic Verses with Aqli Knowledge in Kolej PERMATA Insan]. Ulum Islamiyyah, 35(02), 1–16. https://doi.org/10.33102/uij.vol35no02.496