Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Staff Publications
  3. Non-Indexed Publication
  4. Adab Berinteraksi Di Media Sosial Menurut Al-quran Dan Sunnah
 
  • Details
Options

Adab Berinteraksi Di Media Sosial Menurut Al-quran Dan Sunnah

Journal
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM DAN KONTEMPORARI (JOIRC)
ISSN
2637 - 0948
Date Issued
2023
Author(s)
Nur Sofwa Binti Indra
Universiti Sains Islam Malaysia 
Najihah Binti Hashim
Universiti Sains Islam Malaysia 
Hidayatul Hakimah Binti Hakim
Universiti Sains Islam Malaysia 
Syed Najihuddin Syed Hassan 
Universiti Sains Islam Malaysia 
DOI
10.55573/JOIRC.061101
Abstract
Media sosial merupakan satu platform penting dalam menyalurkan sesuatu maklumat. Malah, ia turut menjadi suatu keperluan utama dalam perhubungan masyarakat untuk berkomunikasi melalui jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram. Konsep komunikasi hari ini mengalami perubahan seiringnya peredaran zaman. Jika sebelum ini berita disampaikan menerusi televisyen hitam putih, kini media sosial telah pun menjadi suatu ruang baharu kepada masyarakat untuk berhubung dengan mudah serta mendapatkan maklumat di hujung jari. Apabila komunikasi dan maklumat semakin mudah dicapai, maka semakin mudah untuk seseorang itu bebas mengekspresikan diri termasuk memberi komen tanpa kawalan di media sosial. Ia berbeza daripada komunikasi sebelum ini yang tiada ruang kritikan atau ulasan yang dapat diberikan kerana segalanya melalui tontonan dan suara. Sebaliknya pada hari ini, masyarakat bebas untuk mengulas apa sahaja isu. Natijahnya, timbulnya beberapa komen yang tidak sepatutnya seperti memberi komen yang berunsur negatif atau mengkritik
sehingga membuka aib. Justifikasinya, apabila adab ketika berinteraksi di media sosial tidak dititikberatkan, maka ia akan menimbulkan konflik sehingga mengganggu keharmonian sesebuah masyarakat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana adab dan akhlak yang sebenar menurut al-Quran dan Sunnah dalam memberi komen serta pandangan terhadap sesuatu isu, terutama yang berkaitan hal keagamaan. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian perpustakaan dengan merujuk kitab-kitab yang bersumberkan al-Quran dan Hadith. Hasil kajian ini mendapati bahawa pentingnya menjaga adab serta akhlak ketika berinteraksi di media sosial demi mengekalkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat. Antara adab yang perlu ditekankan adalah menjaga tutur kata ketika memberi komen dengan berkata yang benar, tidak mengumpat, tidak mencela atau memaki dan lain-lain. Justeru, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat danpengetahuan kepada masyarakat umum untuk berfikir dahulu sebelum bertindak di samping memelihara adab ketika mengulas berkaitan isu-isu yang tular di media sosial.
Subjects

Adab

Media Sosial

Al-Quran

Sunnah

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Adab Berinteraksi Di Media Sosial Menurut Al-quran Dan Sunnah

Type

main article

Size

277.19 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):c96ffe0028bf23309d23ba1ba0a4f50e

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia