Options
Filem Mikrosfera Akrilik Terpegun Alizarin Merah S Untuk Pengesanan Pendarfluor Optik Asid Borik
Journal
Sains Malaysiana
ISSN
0126-6039
Date Issued
2023
Author(s)
Raja Zaidatul Akhmar Raja Jamaluddin
Musa Ahmad
Universiti Sains Islam Malaysia
Lee Yook Heng
Ling Ling Tan
DOI
10.17576/jsm-2023-5205-07
Abstract
Mikrosensor pendarfluor optik untuk kuantifikasi asid borik dalam sampel makanan telah dibangunkan berdasarkan filem mikrosfera poli(n-butil akrilat) [poli(nBA)]. Pencirian optik reagen alizarin merah S (ARS) terpegun pada filem mikrosfera poliakrilat dengan asid borik telah dilakukan melalui pendekatan transduksi pendarfluor. Reagen ARS telah dijerap secara fizikal pada filem mikrosfera akrilik hidrofobik untuk membentuk mikropolimer kelat dengan sokongan matriks sol-gel untuk mengelakkan larut lesap molekul ARS yang bersifat larut air. Pengkelat ARS yang terpegun pada filem mikrosfera poli(nBA) memberikan tindak balas pengesanan optik yang cepat dalam masa 1 minit. Julat rangsangan linear dinamik yang berguna bagi mikrosensor pendarfluor optik asid borik telah diperoleh antara 1.6 μM dan 32.0 μM asid borik dengan had pengesanan (LOD) pada 1 μM. Mikrosensor pendarfluor optik asid borik berasaskan mikropolimer akrilik menghasilkan prestasi kebolehulangan yang baik dengan nilai sisihan piawai relatif (RSD) yang dicapai dalam julat 3.3-3.6%. Mikrosensor optik yang dibangunkan telah digunakan untuk pengukuran pendarfluor asid borik dalam sampel mi kuning dan mi beras leper (‘hor fun’/’kway teow’) dan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding dengan kaedah rujukan tradisional spektrometri pemancaran plasma-optik berganding secara induktif (ICP-OES).
File(s)
Loading...
Name
Filem Mikrosfera Akrilik Terpegun Alizarin Merah S Untuk Pengesanan Pendarfluor Optik Asid Borik
Type
main article
Size
1.01 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):0b80ef0f16946a7864d1ddf99552a564