Options
Konsep Pemakanan Halalan Tayyiban: Kajian Terhadap Penerima Anugerah Keluarga Mithali Peringkat Kebangsaan Malaysia
Journal
Kajian Malaysia: journal of Malaysian studies
ISSN
2180-4273
Date Issued
2024
Author(s)
Khairudin Shaary
Ahmad Syukran Baharuddin
Universiti Sains Islam Malaysia
Mohammad Amir Wan Harun
DOI
10.21315/km2024.42.1.12
Abstract
Pembinaan keluarga mithali merupakan suatu cabaran yang memerlukan panduan praktikal dan contoh sebenar kehidupan yang boleh diteladani. Berdasarkan
perspektif Islam, pemakanan berkonsepkan halalan tayyiban merupakan antara faktor penting dalam pembangunan keluarga seperti yang telah dijelaskan secara teori oleh para sarjana Islam terdahulu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menerokai praktik sebenar konsep pemakanan halalan tayyiban yang diamalkan
oleh penerima Anugerah Keluarga Mithali (AKM) peringkat kebangsaan. Kajian ini mengadaptasi pendekatan kualitatif dan menggunakan kaedah temu bual
dengan teknik perbincangan kumpulan berfokus untuk mengumpulkan data. Analisis data temu bual dibuat dengan bantuan perisian analisis data kualitatif
NVivo versi 10. Sejumlah 11 responden daripada dua buah keluarga asas yang telah memenangi AKM peringkat kebangsaan bagi tahun 2014 (7 ahli keluarga)
dan 2017 (4 ahli keluarga) telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa keluarga AKM telah mempraktikkan enam prinsip pemakanan, iaitu
makanan dan pendapatan hendaklah halal dan bersih. Selain itu, makanan juga hendaklah selamat, memenuhi fitrah jiwa sejahtera, tiada syubhah dan berkhasiat. Hasil kajian ini berpotensi dijadikan garis panduan kepada pembentukan modul pembinaan keluarga Islam oleh badan-badan Islam berkepentingan,
para pendakwah, ibu bapa dan juga individu Muslim. Kajian-kajian rentetan sewajarnya dilakukan dengan melibatkan lebih ramai kumpulan keluarga asas
untuk menambah baik kajian ini serta dapat menyentuh aspek-aspek lain yang tidak dibincangkan dalam kajian ini.

File(s)
Loading...
Name
Konsep Pemakanan Halalan Tayyiban: Kajian Terhadap Penerima Anugerah Keluarga Mithali Peringkat Kebangsaan Malaysia
Type
main article
Size
969.86 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):f5eb61bcd4a0d672d039ca961a46ff78