Options
Dilema Digital: Cabaran-Cabaran Penggunaan Media Sosial dalam Komunikasi Kesihatan Awam dan Impaknya dalam Konteks Malaysia
Date Issued
2024
Author(s)
Muhammad Wa’iz Md Norman
Zaliza Mohamad Nasir
Abstract
Objektif kajian ini adalah bertujuan mengupas cabaran-cabaran yang timbul daripada penggunaan media sosial dalam komunikasi kesihatan awam di Malaysia. Kajian ini juga meninjau tentang impak cabaran tersebut terhadap keberkesanan kempen kesihatan awam dan mengenal pasti strategi yang berpotensi untuk mengurangkan cabaran tersebut. Menerusi penggunaan Teori Penyebaran Inovasi sebagai kerangka teori, kajian ini meneroka bagaimana inovasi dalam komunikasi kesihatan disebarkan dan diterima dalam masyarakat Malaysia yang berbilang budaya. Melalui kaedah kajian literatur naratif, kajian ini mengkaji sumber-sumber terpilih secara sistematik untuk menganalisis dan mensintesis isu-isu yang dihadapi. Kajian mendapati, terdapat lapan cabaran utama dalam penggunaan media sosial dalam komunikasi kesihatan awam serta impaknya dalam konteks Malaysia.
File(s)
Loading...
Name
Dilema Digital Cabaran-Cabaran Penggunaan Media Sosial dalam Komunikasi Kesihatan Awam dan Impaknya dalam Konteks Malaysia.pdf
Size
180.49 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5eaf799e865891f15ff5b770589c9f57