Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Conferences
  4. INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, MEDIA AND COMMUNICATION (ICIMAC)
  5. 2024 ICIMAC (Extended Abstract)
  6. Meningkatkan Pengetahuan Salasilah Keluarga Nabi Muhammad SAW Melalui Teknik C-Lah dalam Kalangan Kanak-Kanak Bajau Laut di Semporna, Sabah
 
  • Details
Options

Meningkatkan Pengetahuan Salasilah Keluarga Nabi Muhammad SAW Melalui Teknik C-Lah dalam Kalangan Kanak-Kanak Bajau Laut di Semporna, Sabah

Date Issued
2024
Author(s)
Muhammad Nurhakim Mohd Azmi
Nurul Shamimi Zambri
Halimatus Saadiah Mat Saad
Abstract
Bidang pembelajaran sirah merupakan satu bidang penting dan perlu dipelajari oleh semua murid di sekolah. Salah satu cabang yang terdapat dalam bidang pembelajaran sirah adalah pembelajaran berkaitan salasilah keluarga nabi Muhammad SAW. Namun, bagi kanak-kanak Bajau Laut, mereka tidak diberikan peluang untuk menduduki proses pembelajaran secara formal di dalam bilik darjah. Perkara ini telah menyebabkan mereka kurang pengetahuan tentang salasilah keluarga nabi. Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak Bajau Laut tentang salasilah keluarga nabi Muhammad SAW khususnya untuk mengenali ibu dan bapa nabi melalui teknik “C-Lah”. Kajian ini dilaksanakan ke atas lapan orang kanak-kanak Bajau Laut yang terlibat dengan program Madrasah Terapung Community and Research Based Education, IPG Kampus Tawau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah yang terdiri daripada dua orang kanak-kanak lelaki dan enam orang kanak-kanak perempuan. Tinjauan dan analisis masalah telah dilakukan bagi proses pengumpulan data melalui kaedah temubual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir keseluruhan kanak-kanak Bajau Laut dapat mengenali nama ibu dan bapa nabi Muhammad SAW. Secara keseluruhannya, teknik C-Lah dalam buku cerita “Mari Kenal Nabi Kita” yang ditulis dalam Bahasa Bajau Laut sebagai medium komunikasi berjaya menunjukkan peningkatan pengetahuan yang positif terhadap kanak-kanak Bajau Laut dalam mengingati nama ibu dan bapa nabi dalam proses mempelajari salasilah keluarga nabi Muhammad SAW. Kajian ini diharapkan mampu menyumbang kepada literatur kajian untuk pengkaji seterusnya demi kelangsungan pendidikan kanak-kanak etnik Bajau Laut khasnya serta kanak-kanak yang tidak pernah mendapat pendidikan formal amnya.
Subjects

Sirah

Salasilah keluarga na...

Kanak-kanak Bajau Lau...

Teknik C-Lah.

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Meningkatkan Pengetahuan Salasilah Keluarga Nabi Muhammad SAW Melalui Teknik C-Lah dalam Kalangan Kanak-Kanak Bajau Laut di Semporna, Sabah.pdf

Size

428.97 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):b701cc1606db832feb9a32229b61982a

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia