Publication:
Membantu Kanak-Kanak Bajau Laut Mengecam, Menyebut dan Menulis Huruf Hijaiyah Sin dengan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar ‘Tsin’

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Tulisan Jawi adalah kumpulan huruf yang teratur, membentuk sistem penulisan yang umumnya digunakan oleh masyarakat Melayu di Malaysia, selain dari tulisan rumi. Jika di susun dengan betul mengikut hukum penulisannya, ia akan membentuk suku kata dan perkataan yang bermakna. Huruf jawi juga merupakan salah satu tajuk pembelajaran yang perlu diajar oleh guru kepada murid sejak di bangku sekolah rendah lagi. Walau bagaimanapun, terdapat ramai murid-murid sekolah yang lemah dalam mengenal bentuk huruf, menyebut dan menulis perkataan menggunakan huruf jawi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memastikan peningkatan keupayaan kanak-kanak Bajau Laut dalam mengecam, menyebut dan menulis huruf Sin ( (س dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ‘TSin’. Terdapat lapan orang kanak-kanak Bajau Laut di Madrasah Terapung di daerah Semporna, Sabah yang melibatkan dua orang kanak-kanak lelaki dan enam orang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan lima hingga 15 tahun. Kami menggunakan 2 sumber data iaitu borang senarai semak dan gambar video. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir semua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada kemahiran mereka dalam mengecam, menyebut dan menulis huruf jawi. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ‘TSin’ telah meraih keberkesanan. Kami berharap agar kajian ini dapat membantu para guru dalam mencipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan dan menarik untuk pembelajaran kanak-kanak Bajau Laut.

Description

E-Proceeding of 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024): “Communication & Digitisation in Madani Society”/ Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker & Ihab Ahmed Ra’uf Awais. 5th March 2024 Organized by : Faculty of Leadership & Management

Keywords

Bajau Laut, huruf sin ( س), BBM TSin

Citation

Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker, & Ihab Ahmed Ra’uf Awais (Eds.). (2024). In 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024) (pp. 1–501).